Notis Perlindungan Data Peribadi

[ Personal Data Protection Notice ]  [ Notis Perlindungan Data Peribadi ]

Usaha Kami

Lee Choon Wan & Co (LCWCo) mengiktiraf kepentingan mengekalkan privasi, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi mengikut undang-undang privasi yang terpakai. Selaras dengan tanggungjawab profesional kami dan undang-undang yang berkenaan, kami komited untuk memastikan privasi dan kerahsiaan maklumat yang berkaitan dengan pelanggan kami, bakal pelanggan kami, sekutu mereka dan individu yang bergabung bersama mereka, dan untuk mematuhi dasar yang dinyatakan di bawah.

Kami mungkin menyemak dan menukar Notis Privasi kami dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengemaskinikan komitmen peribadi kami kepada anda selaras dengan undang-undang privasi terpakai semasa. Sekiranya berlaku apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Sebarang rujukan di dalam polisi ini kepada "data peribadi anda" bererti mana-mana maklumat yang mengenal pasti, atau semunasabahnya digunakan untuk mengenal pasti, anda sebagai seorang daripada golongan yang dinyatakan di atas.
 

Penggunaan Data Peribadi Anda

LCWCo mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda untuk memudahkan penyediaan perkhidmatan profesional kami, termasuk perkhidmatan pelanggan, proses pemeriksaan konflik, bil dan pemasaran. Kami juga boleh memproses data peribadi anda untuk mematuhi kehendak undang-undang yang terpakai.

Data peribadi termasuklah butir-butir hubungan (seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel), sejarah kerja (contohnya fungsi kerja, pendidikan, latihan dan maklumat bekas pekerjaan), maklumat pengenalan (misalnya butiran kad pengenalan / pasport , visa dan status imigresen , tarikh dan tempat lahir ) dan maklumat bil ( contohnya nombor akaun dan maklumat cukai).

Kami mengumpul data peribadi melalui hubungan secara langsung dengan pelanggan kami, bakal pelanggan kami, sekutu mereka dan individu yang bergabung bersama mereka, melalui langganan yang dikemukakan kepada laman web kami atau laman web lain yang dibiayai oleh LCWCo dan melalui maklumat umum di laman web atau langganan khidmat-khidmat kami.

During the course of our representation of you, we may transfer your personal data to places out of Malaysia. You should be aware that when you provide information to LCWCo, your information may be exported to, processed in and accessed from countries whose laws provide varied levels of protection, not always equivalent to that provided in your own country.
 

Akses oleh Pihak Ketiga

Selaras dengan tanggungjawab profesional dan juga etika kami, LCWCo boleh membenarkan pihak lain untuk mengakses maklumat anda untuk tujuan memproses data bagi pihak kami berkaitan dengan perniagaan kami, atau di mana pendedahan maklumat anda adalah demi kepentingan anda atau selainnya dibenarkan, yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.

Sebelum membenarkan mana-mana pihak ketiga mempunyai akses kepada maklumat anda bagi tujuan amalan guaman kami, LCWCo akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa pihak ketiga tersebut mempunyai reputasi perniagaan yang baik dan menyediakan perlindungan privasi yang sekurang-kurangnya pada tahap perlindungan yang sama dengan apa yang kami tawarkan kepada pelanggan kami.
 

Cara Untuk Mengakses Data Peribadi Anda

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penggunaan data peribadi anda (termasuk kategori pihak ketiga yang di mana data peribadi anda telah dikongsikan ), atau jika anda mahu menggunakan hak anda untuk melihat salinan, membetulkan, memadam atau menyekat data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami atau membuat permintaan bertulis kepada pihak LCWCo untuk berhenti memproses data peribadi anda, sila berhubung dengan pejabat kami untuk tujuan berkenaan.

Seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, satu bayaran nominal boleh dikenakan bagi setiap permintaan akses data peribadi yang dibuat oleh anda, dan mungkin terdapat beberapa pengecualian kepada hak-hak anda yang dinyatakan di atas.
 

Integriti Data

Data peribadi hanya dikumpul dan diproses setakat yang perlu bagi kegunaan yang diperihalkan di atas. LCWCo akan mengemas kini, membetulkan dan memadam data peribadi mengikut keperluan semasa. LCWCo akan menyimpan dan memproses data anda hanya untuk tempoh perlantikan LCWCo oleh pihak anda dan untuk tempoh yang munasabah yang ditentukan oleh keperluan perniagaan dan tanggungjawab profesional kami kepada anda atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang .
 

Soalan, Keraguan, Akses Permintaan

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kerisauan, ingin mengakses maklumat peribadi anda atau ingin menukar pilihan anda mengenai penggunaan kami terhadap maklumat anda, sila hubungi rakan kongsi utama kami, Encik Lee Choon Wan di:

Lee Choon Wan & Co.
No. 12, Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
+(603) 2093 0078 - telefon
+(603) 2094 1750 - faks
leecw@leecwco.com.my - e-mel